Brp Rmi org tengok

Free Counter and Web Stats

Jamku



Usahlah memandang semua dengan pandangan mata
semata-mata,
tetapi pandanglah dengan pandangan mata hati..
kita bukan saja dapat melihatNya dimana-mana tetapi
dapat merasa rahmat kurniaanNya..

Sunday, January 10, 2010

FAKTA

Menjelang 2020,
Bil.Warga EMAS meningkat 3.21 juta orang 11% drp. 33.33juta
rakyat Malaysia.

Menjelang 2030,
Malaysia akan menjadi negara tua apabila rakyat yang
berumur 60 tahun keatas melebihi 15%.

Thursday, January 7, 2010

Faktor yg menentukan personaliti

1-Nama
2-Emosi
3-Kecerdasan
4-Kecantikan
5-Keadaan Fizikal
6-Corak Badan
7-Pengaruh Kebudayaan
8-Pengalaman Awal
9-Pengaruh Keluarga
10-Pengaruh Sekolah
11-Simbol Status
12-Penerimaan Sosial
13-Kejayaan Dan Kegagalan
Ini adalah tentatif kajian yang akan dilaksanakan:

8/1/10-MakpeM-Berhubung dengan Hj.Hitam Bin Chik:Ketua Peg.Eksekutif MaPEM
:Lokasi MaPem menuju Shell jln Pahang berhampiran jln Sentul

11/1/10-JkM-Pengarah Warga Tua dan Keluarga-
:BangunanMenara Tun Ismail Mohamed ting.19-24

13/1/10-Institut Gerontology UPM
14/1/10-Postmortem dengan En.Mahzan
18/1/10-Dijangka ke Colombia Extended Hosp.
19/1/10-
Dijangka Rmh Ehsan Kuala Kubu Bharu
20/1/10-Dijangka ke HUKM

Wednesday, January 6, 2010

Sukarnya nak dapatkan statistik warga emas

Salam..

Sesuatu perkara baru ingin dilaksanakan amat besar dugaannya,kadang-kadang
orang akan mencemuh,orang akan perlekeh dan mentertawakan segala usaha yang
ingin dilakukan terutamanya untuk kebaikan,,,
Sikap tidak pernah mengaku kalah dengan dugaan serta cabaran yang ada sangat
diperlukan untuk menjadi seorang pejuang yang sebenar dalam erti kata yang ikhlas,,,

Bidang GERIATRIC/GERONTOLOGI ini amat kecil bilangan yang ada di negara kita
Malaysia.Sehingga hendak mendapatkan maklumat,sumber bantuan serta peluang
kerjaya yang boleh disediakan di pasaran tidak lagi mendapat sambutan,,,Tetapi
berdasarkan fakta,maklumat serta penyelidikan yang masih ditahap permulaan
ini amat memberikan kesan jangka panjang yang akan memberikan impak positif
dalam persaingan pasaran kerja serta peluang yang terbuka luas.

Tidak tahu cendana pula,,,,,sudah ler x tahu,,,nak bertanya pun MALU pula,,,,tidak
ada dalam istilah kamus hidup bagi seseorang yang ingin berjaya dalam sepanjang
dirinya untuk meniti usia hidup....

Semakin berumur, kita semakin bijak?

Betul ke?! Hmm more or less la kot kerana mereka yang berumur 40 ke atas, biasanya sudah mahir tentang kepentingan kesihatan dan kecergasan ini, terutama bila berlaku perubahan fizikal. Ibu2 sudah tentu anda tidak boleh ikut rutin kesihatan sama seperti anda berumur 25 tahun dahulu dan mahu kelihatan seperti umur 25 tahun.

Ingin berseman dan menjaga kesihatan anda? Saya syorkan seperti berikut:

  • Fokus kepada latihan kardiovaskular selama 30min sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Untuk melatih jantung dan paru-paru, dan membakar lebih kalori. Kalau susah berjoging cuba pula yang ini, jalan kaki, mengembara atau jalan2 di pust membeli-belah pun a lot better than sitting at home.
  • Makan 5-6 kali sehari – untuk merangsang metabolisma.
  • Angkat berat 2-3 kali seminggu untuk menambah kekuatan.

Health Checks in your 40’s and 50’s

Kekadang, dalam usia 40-an dan 50-an, penting bagi kita mengakses keseluruhan kesihatan dengan selalu membuat pemeriksaan kesihatan.

Ia langkah persediaan untuk menangani masalah kesihatan pada masa hadapan. Di bawah adalah pemeriksaan yang perlu anda lakukan:

  • Kandungan gula dalam darah
  • Tekanan darah
  • Kandungan kolesterol
  • Berat/BMI dan lain-lain
  • Mammogram & pemeriksaan bahagian pelvic

Warga emas (> 60 tahun)

Yes, masih belum terlambat untuk bersenam. Kadangkala saya berasa sedih apabila melihatkan warga emas di Malaysia disuruh duduk di rumah sahaja. Sepatutnya galakkan mereka jadi aktif.

…ada had senaman untuk pesakit darah tinggi, sakit jantung, osteoporosis dan seumpamanya. Dapatkan nasihat doktor dahulu….

But…. sebelum memulakan senaman, perhatikan tahap kesihatan anda. Ada had senaman untuk pesakit darah tinggi, sakit jantung, osteoporosis dan seumpamanya. Dapatkan nasihat doktor dahulu. Sedikit panduan jika anda sudah bersedia untuk bersenam dalam 60an:

  • Dapatkan kebenaran doktor.
  • Pilih aktiviti yang menyeronokkan seperti berbasikal, berenang atau jalan kaki.
  • Buat latihan ringan 2-3 kali seminggu. Tidak perlu angkat beban.
  • Bersenamlah dalam keadaan selesa dan tenang.
  • Fokuskan kepada pergerakan regangan ringan dan fleksibel seperti yoga atau tai chi.
  • Makan 5-6 kali sehari untuk merangsang metabolisma.

Dengan umur sebegini, kadangkala terasa malas hendak bersenam. Tetapi, ingat! Sedikit senaman lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Jadikan ia seronok dan gembira.

Kematian datang tiba-tiba

MANUSIA tidak terlepas melakukan kesalahan kerana itu sudah menjadi sifat tabii manusia biasa kecuali Rasulullah SAW yang bersifat maksum.

Namun, bagi seorang Muslim apabila sudah melakukan perbuatan yang mengundang dosa, perlu segera bertaubat kepada Allah SWT.

Taubat penuh keinsafan dan penyesalan gambaran sebaik-baik manusia yang melakukan kesalahan baik berupa dosa kecil mahu pun dosa besar seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Setiap anak cucu Adam adalah pelaku dosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah mereka yang bertaubat." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Maksud dosa besar ialah perbuatan yang melanggar perintah Allah SWT di mana telah ditentukan hukumannya di dunia dan dikenakan ancaman azab neraka di akhirat seperti mencuri, berzina dan lain-lain, yang memang termaktub dalam al-Quran atau pun hadis Rasulullah SAW.

Apabila menyedari sudah melakukan dosa, haruslah segera membersihkan diri. Rasulullah SAW sendiri walaupun dipelihara Allah SWT daripada melakukan dosa tetap bertaubat dalam sehari semalam melebihi 70 kali.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (memohon ampun) dan bertaubat kepada Allah setiap hari lebih 70 kali." (Hadis riwayat Bukhari)

Namun, sebilangan besar masyarakat Islam hari ini begitu leka melakukan maksiat dan sedikit pun tidak rasa bersalah bahkan menjadi kebanggaan pula apabila melakukannya. Benarlah seperti diungkapkan Asy-Syekh Husen Yusuf Ghazzal: "Dapat kita saksikan bahawa saat ini apabila seseorang melakukan perbuatan dosa, maka ia tidak akan merasa malu sedikitpun. Bahkan dengan sewenang-wenangnya mereka berusaha menghalalkan suatu perbuatan tanpa mempedulikan syariat agama dan norma etika."

Berlakunya hal demikian lantaran masyarakat Islam memiliki iman yang lemah. Mudah menurut telunjuk nafsu sementara pengetahuan selok-belok ajaran Islam ternyata begitu dangkal. Sedangkan apabila sentiasa berada dalam kemaksiatan boleh menghancurkan keperibadian seorang Muslim.

Ulama berkata: "Sesungguhnya kemaksiatan itu berjalan menuju kekufuran. Manusia berpindah dari satu bentuk kemaksiatan kepada kemaksiatan berikutnya, sampai akhirnya dia keluar dari agamanya."

Sesungguhnya orang yang segera bertaubat secara benar dan bersungguh-sungguh adalah orang yang memahami bahawa taubat itu satu kewajipan ditentukan agama serta mencerminkan keimanan yang menebal.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan sungguh-sungguh." (Surah at-Tahrim, ayat 8)

Allah SWT dengan sifat-Nya yang Maha Pengampun, membuka seluas-luasnya pintu taubat kepada hamba-Nya yang berdosa dan ingin bertaubat. Allah SWT sentiasa menerima taubat setiap hamba-Nya yang ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Barang siapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan, lalu memilih jalan lurus. Maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya dan Tuhan itu Maha Pengampun Maha Penyayang." (Surah al-Maidah, ayat 39)

Bagaimanapun, tidak ramai di kalangan kita yang ingin merebut peluang itu bahkan, taubat dipandang ringan saja. Setiap kali ditanya, mereka rata-rata menjawab akan bertaubat apabila sampai usia tua nanti.

Mereka sebenarnya memberi jawapan mengelirukan, seolah-olah mereka berpegang pada dahan yang rapuh kerana seseorang itu belum tentu hidupnya sampai usia lanjut. Oleh itu, bertaubat segera adalah perbuatan bijak dan terpuji.

Nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya: "Janganlah anakku undurkan melakukan taubat, sebab kematian datangnya tiba-tiba, sedang malaikat maut tidak memberitahukannya terlebih dulu."

Oleh itu, taubat perlu dilaksanakan segera tanpa tangguh-tangguh. Apa lagi taubat itu wajib hukumnya. Lalu bertaubatlah sekarang sebelum pintunya dikatup rapat oleh Allah SWT.

Mengikut keterangan hadis, pintu taubat akan ditutup bila terjadinya perkara-perkara berikut;

l Matahari naik sebelah barat.

Perkara ini dinyatakan Rasulullah SAW melalui sabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah membuka tangan selebar-lebarnya di waktu siang untuk menerima taubat orang yang membuat jahat di waktu malam, membuka tangan selebar-lebarnya di waktu malam untuk menerima taubat orang yang melakukan maksiat waktu siang. Hal ini berterusan sehinggalah matahari terbit dari arah barat." (Hadis riwayat Muslim)

l Apabila nyawa sampai di kerongkong (nazak)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya Tuhan bersedia menerima taubat seseorang hamba selagi nyawanya belum sampai di kerongkong (sebelum nazak)."

Untuk melakukan taubat nasuha, Islam menunjukkan syarat yang mesti dipenuhi iaitu menyesal dengan perbuatan dilakukan dengan sepenuh hati, berhenti serta merta melakukan perbuatan itu, berazam tidak akan mengulang kembali perbuatan itu. Jika membabitkan orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan.

Apabila kita melakukan taubat ikhlas kerana Allah SWT, bermakna kita bersih daripada dosa itu, dipelihara dan dikasihi Allah SWT seperti firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan orang yang menyucikan diri." (Surah al-Baqarah, ayat 22)

Allah SWT juga berjanji akan menempatkan orang bertaubat dalam syurga yang penuh kenikmatan, seperti firman-Nya yang bermaksud: "Wahai orang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha. Mudah-mudahan Tuhan kamu menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai." (Surah at-Tahrim, ayat 8)

Oleh itu, marilah kita mencari keredaan Allah dengan membersihkan diri daripada segala dosa dengan bertaubat sepanjang masa. Jangan tunggu hingga esok kerana matlamat hidup kita sebenarnya ialah mendapatkan kebahagiaan di akhirat nanti. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang dikasihi Allah SWT.

Tuesday, January 5, 2010

Takrif kesihatan oleh W.H.O

  • Kesihatan ditakrif sebagai suatu keadaan sejahtera dari segi fizikal, mental dan sosial; tidaklah hanya tanpa ketiadaan penyakit atau ketidakupayaan (W.H.O.). Selaras dengan ini, berikut adalah prinsip-prinsip bagi membantu perkhidmatan kepada warga emas:
  • Mengekalkan Autonomi dan Keupayaan Berdikari.
  • Menyedari Keperluan Tertentu Warga Emas.
  • Membantu Penjaga
  • Mempromosi Penuaan Sihat
  • Memberi Penjagaan Yang Berterusan

Fakta Warga Tua

Tahukah ANDA?

Pada tahun 1999 penduduk dunia yang berumur lebih dari 60 tahun adalah dianggarkan sekitar 355 juta orang dan 61.2% daripadanya di negara-negara membangun Dijangkakan pada tahun 2020 warga tua di dunia akan meningkat kepada 1,000 juta (1 billion) orang. Ini adalah merupakan peningkatan sebanyak 75% berbanding dengan peningkatan sebanyak 50% untuk keseluruhan penduduk dunia. 700 juta dari warga tua ini, terdapat di negara-negara membangun.

Di Malaysia, warga tua terus meningkat dari setahun kesetahun. Pada tahun 1999, jumlah penduduk di negara ini adalah sebanyak 21.8 juta orang dan 6.5% daripadanya adalah warga tua. Dijangkakan pada tahun 2020 nanti, jumlah warga tua adalah sebanyak 11.3% daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini terdiri.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation, WHO) telah mentakrifkan bahawa sesebuah negara itu akan mengalami ‘fenomena ketuaan’ (ageing phenomenon) apabila jumlah warga tuanya mencapai 7% daripada keseluruhan jumlah penduduk di negara tersebut.
Sumber:Kem.Kesihatan Malaysia

Monday, January 4, 2010

Cara potong kuku

1) Pilih hari yang sesuai untuk memotong kuku pesakit (Isnin,Khamis atau Jumaat)
2) Baca Bismillah dan berselawat semasa mula memotong kuku
3) Cara memotong kuku tangan yang baik:

a) Mulai dengan tangan kanan pada jari telunjuk,
diikuti jari hantu,jari manis dan jari kelingking.
b) Kemudian tangan kiri mulai pada jari kelingking,
diikuti jari manis,jari hantu,jari telunjuk dan
ibu jari tangan kiri.
c) Akhir sekali ibu jari tangan kanan.
d) Membasuh tangan dan menanam kuku yang
sudah dipotong.

4) Cara memotong kuku kaki yang baik :

a) Mulai dengan kaki kanan pada jari kelingking,
diikuti jari manis,jari hantu,jari telunjuk dan ibu jari.
b) Kemudian ibu jari kaki kiri,jari telunjuk,jari hantu,jari
manis dan akhir sekali jari kelingking.
c) Membasuh kaki dan menanam kuku yang sudah dipotong.

Hadis

hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Daripada Abi Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila meninggal dunia seseorang itu, maka terputuslah daripadanya segala amalnya kecuali tiga perkara (iaitu) sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat atau anak salih yang sentiasa mendoakan baginya”

(Hadis riwayat Muslim)

Warga Emas,,,teras masyarakat

Warga emas teras masyarakat,,,
Sepanjang kita meniti hidup melusuri usia diri
kita, suatu masa nanti kita pasti menjangkaui usia tua.
Proses tua mengambil masa secara perlahan-lahan
tanpa kita sedari,,,
Kesedaran umur dari tahun ke tahun meningkat
kulit tubuh kelihatan kering dan mulai berkedut-kedut
dan yang paling penting,,,,bagaimana seseorang individu
itu menerima proses penuaan dan sama ada bersikap positif
atau bersikap negatif.
Di Malaysia penduduk berusia emas semakin bertambah
dan bilangan ini akan menimbulkan masalah sosial dan ekonomi.
Oleh yang demikian,semakin ramai warga emas akan ditinggalkan
di rumah berseorangan atau dihantar ke institusi atau

rumah penjagaan warga emas.

Geriatric @ Gerontology?

Salam perkenalan.

Geriatric @ Gerontology? Ape 2?
Persoalan yang akan berlegar-legar di minda dan di ruang pemikiran kita,,,
Geriatric atau gerontology adalah istilah sains yang bermaksud ilmu
pengetahuan berkaitan kesihatan dan penyakit warga emas.

Malaysia negara kita, mengklasifikasikan warga emas ialah golongan
penduduk yang berumur 60 tahun ke atas.Oleh yang demikian,
ibubapa atau atok dan nenek kita yang telah menjangkaui usia ini
di kategorikan sebagai warga emas yang memerlukan penjagaan
yang khusus dari segi fizikal,mental,emosi dan jasmani mereka.