Brp Rmi org tengok

Free Counter and Web Stats

Jamku



Usahlah memandang semua dengan pandangan mata
semata-mata,
tetapi pandanglah dengan pandangan mata hati..
kita bukan saja dapat melihatNya dimana-mana tetapi
dapat merasa rahmat kurniaanNya..

Monday, January 4, 2010

Cara potong kuku

1) Pilih hari yang sesuai untuk memotong kuku pesakit (Isnin,Khamis atau Jumaat)
2) Baca Bismillah dan berselawat semasa mula memotong kuku
3) Cara memotong kuku tangan yang baik:

a) Mulai dengan tangan kanan pada jari telunjuk,
diikuti jari hantu,jari manis dan jari kelingking.
b) Kemudian tangan kiri mulai pada jari kelingking,
diikuti jari manis,jari hantu,jari telunjuk dan
ibu jari tangan kiri.
c) Akhir sekali ibu jari tangan kanan.
d) Membasuh tangan dan menanam kuku yang
sudah dipotong.

4) Cara memotong kuku kaki yang baik :

a) Mulai dengan kaki kanan pada jari kelingking,
diikuti jari manis,jari hantu,jari telunjuk dan ibu jari.
b) Kemudian ibu jari kaki kiri,jari telunjuk,jari hantu,jari
manis dan akhir sekali jari kelingking.
c) Membasuh kaki dan menanam kuku yang sudah dipotong.

Hadis

hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Daripada Abi Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila meninggal dunia seseorang itu, maka terputuslah daripadanya segala amalnya kecuali tiga perkara (iaitu) sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat atau anak salih yang sentiasa mendoakan baginya”

(Hadis riwayat Muslim)

Warga Emas,,,teras masyarakat

Warga emas teras masyarakat,,,
Sepanjang kita meniti hidup melusuri usia diri
kita, suatu masa nanti kita pasti menjangkaui usia tua.
Proses tua mengambil masa secara perlahan-lahan
tanpa kita sedari,,,
Kesedaran umur dari tahun ke tahun meningkat
kulit tubuh kelihatan kering dan mulai berkedut-kedut
dan yang paling penting,,,,bagaimana seseorang individu
itu menerima proses penuaan dan sama ada bersikap positif
atau bersikap negatif.
Di Malaysia penduduk berusia emas semakin bertambah
dan bilangan ini akan menimbulkan masalah sosial dan ekonomi.
Oleh yang demikian,semakin ramai warga emas akan ditinggalkan
di rumah berseorangan atau dihantar ke institusi atau

rumah penjagaan warga emas.

Geriatric @ Gerontology?

Salam perkenalan.

Geriatric @ Gerontology? Ape 2?
Persoalan yang akan berlegar-legar di minda dan di ruang pemikiran kita,,,
Geriatric atau gerontology adalah istilah sains yang bermaksud ilmu
pengetahuan berkaitan kesihatan dan penyakit warga emas.

Malaysia negara kita, mengklasifikasikan warga emas ialah golongan
penduduk yang berumur 60 tahun ke atas.Oleh yang demikian,
ibubapa atau atok dan nenek kita yang telah menjangkaui usia ini
di kategorikan sebagai warga emas yang memerlukan penjagaan
yang khusus dari segi fizikal,mental,emosi dan jasmani mereka.