Brp Rmi org tengok

Free Counter and Web Stats

Jamku



Usahlah memandang semua dengan pandangan mata
semata-mata,
tetapi pandanglah dengan pandangan mata hati..
kita bukan saja dapat melihatNya dimana-mana tetapi
dapat merasa rahmat kurniaanNya..

Tuesday, January 5, 2010

Takrif kesihatan oleh W.H.O

  • Kesihatan ditakrif sebagai suatu keadaan sejahtera dari segi fizikal, mental dan sosial; tidaklah hanya tanpa ketiadaan penyakit atau ketidakupayaan (W.H.O.). Selaras dengan ini, berikut adalah prinsip-prinsip bagi membantu perkhidmatan kepada warga emas:
  • Mengekalkan Autonomi dan Keupayaan Berdikari.
  • Menyedari Keperluan Tertentu Warga Emas.
  • Membantu Penjaga
  • Mempromosi Penuaan Sihat
  • Memberi Penjagaan Yang Berterusan

Fakta Warga Tua

Tahukah ANDA?

Pada tahun 1999 penduduk dunia yang berumur lebih dari 60 tahun adalah dianggarkan sekitar 355 juta orang dan 61.2% daripadanya di negara-negara membangun Dijangkakan pada tahun 2020 warga tua di dunia akan meningkat kepada 1,000 juta (1 billion) orang. Ini adalah merupakan peningkatan sebanyak 75% berbanding dengan peningkatan sebanyak 50% untuk keseluruhan penduduk dunia. 700 juta dari warga tua ini, terdapat di negara-negara membangun.

Di Malaysia, warga tua terus meningkat dari setahun kesetahun. Pada tahun 1999, jumlah penduduk di negara ini adalah sebanyak 21.8 juta orang dan 6.5% daripadanya adalah warga tua. Dijangkakan pada tahun 2020 nanti, jumlah warga tua adalah sebanyak 11.3% daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini terdiri.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation, WHO) telah mentakrifkan bahawa sesebuah negara itu akan mengalami ‘fenomena ketuaan’ (ageing phenomenon) apabila jumlah warga tuanya mencapai 7% daripada keseluruhan jumlah penduduk di negara tersebut.
Sumber:Kem.Kesihatan Malaysia